NABI IDRIS AS.
Nama: Idris/Akhnukh bin Yarid, nama Ibunya
Asyut.
Garis Keturunan: Adam As. ⇒
Syits ⇒ Anusy ⇒
Qinan ⇒
Mihlail ⇒ Yarid ⇒ Idris As.
Usia: 345 tahun di bumi.
Periode sejarah: 4533-4188 SM.
Tempat diutus: Irak Kuno (Babylon, Babilonia)
dan Mesir
(Memphis).
Tempat wafat: Allah mengangkatnya ke langit
dan ke
surga.
Al-Quran menyebutkan namanya sebanyak: 2
kali.
Nabi ‘idris a.s.
Diriwayatkan Nabi Idris as. telah naik
ke langit pada hari Isnin. Peristiwa
naiknya Nabi Idris as. ke langit ini,
telah dijelaskan oleh Allah SWT dalam
Al-Quran.
Firman Allah SWT bermaksud:
“Dan
ceritakanlah (hai Muhammad
kepada mereka) kisah, Idris yang
tersebut di dalam Al-Quran.
Sesungguhnya ia adalah seorang yang
sangat membenarkan dan seorang Nabi.
Dan Kami telah mengangkatnya ke
martabat yang tinggi.”
(Maryam: 56-57)
Nama Nabi Idris as. yang sebenarnya
adalah ‘Akhnukh’. Sebab beliau
dinamakan Idris, kerana beliau banyak
membaca, mempelajari (tadarrus) kitab
Allah SWT.
Setiap hari Nabi Idris menjahit qamis
(baju kemeja), setiap kali beliau
memasukkan jarum untuk menjahit
pakaiannya, beliau mengucapkan
tasbih. Jika pekerjaannya sudah
selesai, kemudian pakaian itu
diserahkannya kepada orang yang
menempahnya dengan tanpa meminta
upah. Walaupun demikian, Nabi Idris
masih sanggup beribadah dengan
amalan yang sukar untuk digambarkan.
Sehingga Malaikat Maut sangat rindu
berjumpa dengan beliau.
Kemudian Malaikat Maut bermohon
kepada Allah SWT, agar diizinkan untuk
pergi menemui Nabi Idris as. Setelah
memberi salam, Malaikat pun duduk.
Nabi Idris as. mempunyai kebiasaan
berpuasa sepanjang masa. Apabila
waktu berbuka telah tiba, maka
datanglah malaikat dari Syurga
membawa makanan Nabi Idris, lalu
beliau menikmati makanan tersebut.
Kemudian baginda beribadah sepanjang
malam. Pada suatu malam Malaikat
Maut datang menemuinya, sambil
membawa makanan dari Syurga. Nabi
Idris menikmati makanan itu. Kemudian
Nabi Idris berkata kepada Malaikat
Maut: “Wahai tuan,
marilah kita nikmati
makanan ini bersama-sama.”
Tetapi
Malaikat itu menolaknya.
Nabi Idris terus melanjutkan ibadahnya,
sedangkan Malaikat Maut itu dengan
setia menunggu sampai terbit matahari.
Nabi Idris merasa hairan melihat sikap
Malaikat itu. Kemudian beliau berkata:
“Wahai tuan,
mahukah tuan bersiar-siar
bersama saya untuk melihat keindahan
alam persekitaran? Malaikat Maut
menjawab: Baiklah Wahai Nabi Allah
Idris.”
Maka berjalanlah keduanya melihat
alam persekitaran dengan berbagai
jenis tumbuh-tumbuhan hidup di situ.
Akhirnya ketika mereka sampai pada
suatu kebun, maka Malaikat Maut
berkata kepada Nabi Idris as.:
“Wahai Idris,
adakah tuan izinkan saya
untuk mengambil ini untuk saya
makan? Nabi Idris pun menjawab:
Subhanallah, mengapa malam tadi tuan
tidak mahu memakan makanan yang
halal, sedangkan sekarang tuan mahu
memakan yang haram?”
Kemudian Malaikat Maut dan Nabi Idris
meneruskan perjalanan mereka. Tidak
terasa oleh mereka bahawa mereka
telah bersiar-siar selama empat hari.
Selama mereka bersahabat, Nabi Idris
menemui beberapa keanehan pada diri
temannya itu. Segala tindak-tanduknya
berbeza dengan sifat-sifat manusia
biasa. Akhirnya Nabi Idris tidak dapat
menahan hasrat ingin tahunya itu.
Kemudian beliau bertanya: “Wahai
tuan,
bolehkah saya tahu, siapakah tuan
yang sebenarnya?
Saya adalah Malaikat Maut.”
“Tuankah yang
bertugas mencabut
semua nyawa makhluk?”
“Benar ya
Idris.”
“Sedangkan
tuan bersama saya selama
empat hari, adakah tuan juga telah
mencabut nyawa-nyawa makhluk?”
“Wahai Idris,
selama empat hari ini
banyak sekali nyawa yang telah saya
cabut. Roh makhluk-makhluk itu
bagaikan hidangan di hadapanku, aku
ambil mereka bagaikan seseorang
sedang menyuap-nyuap makanan.”
“Wahai
Malaikat, apakah tujuan tuan
datang, apakah untuk ziarah atau untuk
mencabut nyawaku?”
“Saya datang
untuk menziarahimu dan
Allah SWT telah mengizinkan niatku
itu.”
“Wahai
Malaikat Maut, kabulkanlah
satu permintaanku kepadamu, iaitu agar
tuan mencabut nyawaku, kemudian tuan
mohonkan kepada Allah agar Allah
menghidupkan saya kembali, supaya
aku dapat menyembah Allah Setelah
aku merasakan dahsyatnya sakaratul
maut itu.”
Malaikat Maut pun menjawab:
“Sesungguhnya
saya tidaklah mencabut
nyawa seseorang pun, melainkan hanya
dengan keizinan Allah.”
Lalu Allah SWT mewahyukan kepada
Malaikat Maut, agar ia mencabut nyawa
Idris as. Maka dicabutnyalah nyawa
Idris saat itu juga. Maka Nabi Idris pun
merasakan kematian ketika itu.
Di waktu Malaikat Maut melihat
kematian Nabi Idris itu, maka
menangislah ia. Dengan perasaan hiba
dan sedih ia bermohon kepada Allah
supaya Allah menghidupkan kembali
sahabatnya itu. Allah mengabulkan
permohonannya, dan Nabi Idris pun
dihidupkan oleh Allah SWT kembali.
Kemudian Malaikat Maut memeluk Nabi
Idris, dan ia bertanya: “Wahai
saudaraku, bagaimanakah tuan
merasakan kesakitan maut itu? “
“Bila seekor
binatang dilapah kulitnya
ketika ia masih hidup, maka sakitnya
maut itu seribu kali lebih sakit
daripadanya.
“Padahal-kelembutan
yang saya
lakukan terhadap tuan, ketika saya
mencabut nyawa tuan itu, belum pernah
saya lakukan terhadap sesiapa pun
sebelum tuan.”
“Wahai
Malaikat Maut, saya
mempunyai permintaan lagi kepada
tuan, iaitu saya sungguh-sungguh
berhasrat melihat Neraka, supaya saya
dapat beribadah kepada Allah SWT
lebih banyak lagi, setelah saya
menyaksikan dahsyatnya api neraka
itu.”
“Wahai Idris
as. saya tidak dapat pergi
ke Neraka jika tanpa izin dari Allah
SWT.”
Akhirnya Allah SWT mewahyukan
kepada Malaikat Maut agar ia
membawa Nabi Idris ke dalam Neraka.
Maka pergilah mereka berdua ke
Neraka. Di Neraka itu, Nabi Idris as.
dapat melihat semua yang diciptakan
Allah SWT untuk menyiksa musuh-
musuh-Nya. Seperti rantai-rantai yang
panas, ular yang berbisa, kala, api yang
membara, timah yang mendidih, pokok-
pokok yang penuh berduri, air panas
yang mendidih dan lain-lain.
Setelah merasa puas melihat keadaan
Neraka itu, maka mereka pun pulang.
Kemudian Nabi Idris as. berkata kepada
Malaikat Maut: “Wahai
Malaikat Maut,
saya mempunyai hajat yang lain, iaitu
agar tuan dapat menolong saya
membawa masuk ke dalam Syurga.
Sehingga saya dapat melihat apa-apa
yang telah disediakan oleh Allah bagi
kekasih-kekasih-Nya. Setelah itu saya
pun dapat meningkatkan lagi ibadah
saya kepada Allah SWT. Saya tidak
dapat membawa tuan masuk ke dalam
Syurga, tanpa perintah dari Allah SWT.”
Jawab Malaikat Maut.
Lalu Allah SWT pun memerintahkan
kepada Malaikat Maut supaya ia
membawa Nabi Idris masuk ke dalam
Syurga.
Kemudian pergilah mereka berdua,
sehingga mereka sampai di pintu
Syurga dan mereka berhenti di pintu
tersebut.
Dari situ Nabi Idris dapat melihat
pemandangan di dalam Syurga. Nabi
Idris dapat melihat segala macam
kenikmatan yang disediakan oleh Allah
SWT untuk para wali-waliNya. Berupa
buah-buahan, pokok-pokok yang indah
dan sungai-sungai yang mengalir dan
lain-lain.
Kemudian Nabi Idris berkata: “Wahai
saudaraku Malaikat Maut, saya telah
merasakan pahitnya maut dan saya
telah melihat dahsyatnya api Neraka.
Maka mahukah tuan memohonkan
kepada Allah untukku, agar Allah
mengizinkan aku memasuki Syurga
untuk dapat meminum airnya, untuk
menghilangkan kesakitan mati dan
dahsyatnya api Neraka?”
Maka Malaikat Maut pun bermohon
kepada Allah. Kemudian Allah memberi
izin kepadanya untuk memasuki Syurga
dan kemudian harus keluar lagi. Nabi
Idris pun masuk ke dalam Syurga,
beliau meletakkan kasutnya di bawah
salah satu pohon Syurga, lalu ia keluar
kembali dari Syurga. Setelah beliau
berada di luar, Nabi Idris berkata
kepada Malaikat Maut:
“Wahai
Malaikat Maut, aku telah
meninggalkan kasutku di dalam Syurga.
Malaikat Maut pun berkata: Masuklah
ke dalam Syurga, dan ambil kasut
tuan.”
Maka masuklah Nabi Idris, namun
beliau tidak keluar lagi, sehingga
Malaikat Maut memanggilnya: “Ya Idris,
keluarlah!. Tidak, wahai Malaikat Maut,
kerana Allah SWT telah berfirman
bermaksud: “Setiap
yang berjiwa akan
merasakan mati.”
(Ali-Imran: 185)
Sedangkan saya telah merasakan
kematian. Dan Allah berfirman yang
bermaksud: “Dan
tidak ada seorang pun
daripadamu, melainkan mendatangi
Neraka itu.”
(Maryam: 71)
Dan saya pun telah mendatangi Neraka
itu. Dan firman Allah lagi yang
bermaksud: “…
Dan mereka sekali-kali
tidak akan dikeluarkan daripadanya
(Syurga).” (Al-Hijr:
48)
Maka Allah menurunkan wahyu kepada
Malaikat Maut itu: “Biarkanlah
dia,
kerana Aku telah menetapkan di azali,
bahawa ia akan bertempat tinggal di
Syurga.”
Allah menceritakan tentang kisah Nabi
Idris ini kepada Rasulullah SAW dengan
firman-Nya bermaksud: “Dan
ceritakanlah (hai Muhammad kepada
mereka, kisah) Idris yang tersebut di
dalam Al-Quran. Sesungguhnya ia adalah
seorang yang sangat membenarkan dan
seorang Nabi. Dan kami telah
mengangkatnya ke martabat yang
tinggi.” (Maryam:
56-57)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar